Sunday, November 22, 2009

Taklimat Penulisan Buku Teks Tahun 1 KSSR 2011

"A'kum, enta pergi ke tak taklimat tulis buku teks di DBP pagi ni?"

Saya menghantar SMS kepada seorang sahabat yang juga ustaz j-QAF kerana saya menjangkakan dia akan hadir ke Taklimat Penulisan Buku Teks Tahun 1 KSSR 2011 di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pada awal tahun dulu dia pernah hadir ke Taklimat Penulisan Buku Teks Bahasa Arab Tahun 4 2010 manakala saya pula tidak dapat hadir.

Akhirnya, bukan sahaja kami, tetapi saya juga dapat berjumpa semula dengan senior saya seorang guru Bahasa Arab di sebuah sekolah menengah di KL ini, yang pernah belajar sama-sama di KISAS dan Yarmouk University dulu.

Selain itu, saya dapat berkenalan dengan Ustaz Syauqi (sama batch dengan Ustaz Zahazan di Yarmouk University) yang sudah ada pengalaman menulis buku cerita Bahasa Arab Kanak-kanak DBP. Isteri saya pula dapat berkenalan dengan isteri beliau (sama batch dengan Ustaz Hasrizal) yang merupakan seniornya di Mu'tah University. Turut hadir ialah Dr Abd Razak Abu Chik yang tidak asing lagi kepakarannya dalam bidang Bahasa Arab di negara kita.
Sila muat turun powerpoint KSSR ini di sini

Taklimat penting pertama yang disampaikan ialah tentang Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sebelum ini saya hanya dengar dan baca sahaja tentang perkara ini melalui lidah GB/GPK dan internet tetapi belum mendapat pendedahan secara formal melalui kursus.

Sesi kedua pula ialah taklimat tentang Panduan Penulisan Buku Teks oleh Ketua Editor Buku Teks DBP. Banyak ilmu baru yang saya dapat terutamanya tentang spesifikasi dan kaedah penulisan manuskrip.

Sesi terakhir ialah Taklimat Standard Kurikulum bagi setiap mata pelajaran. Semasa pendaftaran, pada mulanya saya teragak-agak sama ada hendak memohon penulisan subjek Bahasa Arab atau Pendidikan Islam (bayaran RM50.00 bagi setiap subjek) tetapi akhirnya saya memilih untuk mencuba Bahasa Arab kerana PENGALAMAN MENGAJAR subjek tersebut selama 5 tahun di SEKOLAH RENDAH. Saya berharap kedua-dua faktor tersebut dipandang tinggi oleh pihak DBP :)

Taklimat "Transformasi Kurikulum Bahasa Arab" disampaikan oleh Ustaz Sofwan dari Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Walau bagaimanapun, beliau tidak dapat mengizinkan saya 'menyedut' fail powerpoint dan Dokumen Standard Kurikulum (DSK) Bahasa Arab Sekolah Rendah kerana masih dalam peringkat kemaskini.

Taklimat sudah selesai, tetapi kerja baru hendak bermula. Semoga Allah mempermudahkan kerja saya menyiapkan manuskrip 2 Bab Contoh (Huruf Hijaiyah dan Fil Bait) untuk Buku Teks (BT) dan Buku Latihan dan Aktiviti (BLA) sebanyak 2 bab x 8 muka surat x 2 buku = 32 muka surat selama 2 minggu ini.

وبالله التوفيق والهداية

Friday, November 20, 2009

500 Muslim Paling Berpengaruh Tahun 2009

Antara 500 personaliti muslim paling berpengaruh yang disenaraikan dalam buku di atas, berikut adalah mereka yang paling banyak memberi pengaruh dalam hidup saya:
1- Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi (No. 9) -Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia
2- Dr Said Ramadhan Al-Bouthi (No. 23) -Ulama Besar dari Syria
3- Syeikh Ali As-Shoubuni (No. 29) -Ulama Tafsir dari Syria
4- Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (No. 42, satu-satunya rakyat Malaysia dalam Top50)
Manakala tokoh seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yusuf Islam dan Dr Tariq Ramadhan (cucu Hassan Al-Banna) telah diberi kehormatan istimewa sepertimana Top50 kerana mempunyai pengaruh tersendiri dalam bidang masing-masing.
5- Syeikh Dr Nuh Ali Salman Al-Qudhah (Mufti Besar Jordan)
6- Syeikh Mustafa Bugha (Ulama Besar dari Syria)
7- Dr Aidh Al-Qarni (Ulama Arab Saudi yang popular dengan bukunya "La Tahzan")
8- Dr Taha Jabir Al-Alwani (Ulama Iraq yang menetap di USA)
9- Syeikh Harith Dhori (Ketua Ulama Sunni Iraq, dulu pensyarah saya di Yarmouk University)
10- Dr Hasan Al-Turabi (Ulama Sudan)
11- RAIHAN (bidang Seni dan Kebudayaan)
12- Sami Yusuf (bidang Seni dan Kebudayaan)
13- Syeikh Said bin Said Al-Ghamidi (Qari Al-Quran)
14- Syeikh Mahir bin Hamad Al-Muayqli (Imam Masjidil Haram)
15- Syeikh Dr Abdul Rahman As-Sudais (Imam Masjidil Haramain)
16- Syeikh Saud bin Muhammad As-Shuraim (Qari Al-Quran)
Terdapat juga beberapa nama kontroversi (boleh lihat sendiri dalam buku tersebut) yang terkenal dengan fahaman Islam Liberal tetapi tetap tersenarai kerana mereka juga mampu memberikan pengaruh yang agak besar.
Buku di atas boleh dimuat turun di: http://www.rissc.jo/muslim500v-1L.pdf, manakala sumber asal berita ini boleh dilawati di sini.

Saturday, November 14, 2009

Jalan-jalan Mahrajan sambil Melancong di Kuala Selangor

Mahrajan j-QAF peringkat negeri Selangor 2009 yang diadakan selama 2 hari di SMKA Kuala Selangor telah berakhir dengan daerah Klang 'merampas' Johan Keseluruhan daripada Gombak. Tahniah dan Syabas!
Walau bagaimanapun, Gombak tetap bergaya dengan mengekalkan Johan Tilawah Al-Quran (Lelaki) yang diwakili oleh Zaid Najmuddin bin Zul Akmal dari sekolah saya, Johan Kuiz (dari SK Taman Selasih) manakala Tempat Ketiga bagi acara Kalam Jamaie (dari SK Kuang, Johan 2008).
Dalam acara Dikir Barat Bahasa Arab pula, memang terlalu sukar untuk Gombak (wakil dari SK Taman Melawati) menyaingi kumpulan daerah-daerah lain yang hebat-hebat belaka, khususnya daerah Klang yang menjadi Johan selama 3 tahun berturut-turut.
Apapun, saya sangat bersyukur dan gembira bukan sekadar kerana dapat meraikan para peserta ini, tetapi dapat menambahkan pengalaman dan berjumpa semula dengan sahabat-sahabat GPI j-QAF dari daerah-daerah lain sama ada yang menjadi AJK Pelaksana, Hakim atau Guru Pengiring.
Zaid cekap dan mahir mencari Surah dan Nombor Ayat yang disoal oleh para hakim. Pada tahun ini, acara ini semakin sukar dengan adanya soalan baru seperti: "Sila baca ayat pertama dari Juzuk Ke-13". Peserta perlu mencarinya dalam masa kurang dari 40 saat.
Zaid memukau para hakim dan penonton dengan bacaan tadwir mengikut hukum tajwid yang betul dengan suara yang merdu
Menunggu keputusan pertandingan semasa Majlis Penutup. Di sebelah Zaid (berbaju melayu merah) adalah rakannya yang merupakan Johan Tilawah Al-Quran MTQ Negeri Selangor 2009 dari daerah Kuala Langat.
Suasana dalam dewan semasa Majlis Penutup
Zaid bergambar dengan sijil, wang dan piala yang dimenanginya. Sekali lagi saya dapat membawa pulang semula Piala Pusingan untuk disimpan di sekolah selama setahun, hehe.
Terima kasih juga kepada sahabat saya, Ustaz Faris dari SK Kuang yang sudi berkongsi rakaman penuh video kesemua 10 kumpulan bagi acara Kalam Jamaie. Dapat juga saya membuat tayangan sambil belajar untuk saya sendiri, para guru dan murid-murid di sekolah nanti.
Untuk info dan gambar lanjut tentang Mahrajan j-QAF di Kuala Selangor ini, sila lawati: http://1jqaf.webs.com.
Muzium Bukit Melawati
Oleh kerana pertandingan pada hari kedua telah selesai seawal 9.30 pagi, sementara menunggu Majlis Penutup yang diadakan pada jam 12.00 tengahari, saya pun mengambil kesempatan untuk membawa isteri dan anak-anak melancong ke Bukit Melawati yang terletak kira-kira 3km dari situ.
Pemandangan dari muzium
Rumah Api
Tren yang kami naiki ke atas Bukit Melawati
Anjung Tinjau

Monday, November 9, 2009

Hari Ihtifal dan Penyampaian Sijil Tadika Amal 2009

Bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur, telah diadakan Hari Ihtifal dan Penyampaian Sijil Tadika Amal 2009. Majlis ini menggabungkan 7 buah Tadika Amal di Gombak. Dua orang anak saya (kakak 6 tahun dan adik 5 tahun) telah menerima sijil masing-masing.

Kakak telah diterima masuk ke Sekolah Rendah Islam(SRI) Al-Amin (ikut jejak saya) manakala Adik akan 'melanjutkan pelajaran' ke UIAM
Kakak menerima sijil
Adik menerima sijil
Kakak dan adik bergaya dengan 'jubah konvo'
Kakak dan adik terlibat dalam persembahan 'Lakonan dalam Nyanyian'. Persembahan khas dari Tadika Amal Taman Keramat.
Adik terlibat dalam persembahan Coral Speaking. Persembahan khas dari Tadika Amal Taman Keramat.
Ada banyak lagi persembahan lain seperti Dikir Barat, Nasyid, Perbualan, Senamrobik oleh Tadika-tadika Amal yang lain, tapi gambar-gambarnya hanya ada dalam Facebook saya :)
Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru dan pendidik di Tadika Amal Taman Keramat yang telah mendidik anak-anak saya dengan cara hidup Islam dan sistem pendidikan Islam yang syumul. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian dengan ganjaran yang terbaik.

Sunday, November 8, 2009

Hakim Mahrajan j-QAF yang arif lagi berTauliah

Alhamdulillah, semalam telah berjaya diadakan Mahrajan j-QAF 2009 peringkat daerah Gombak di SK Sungai Pusu (Mahrajan bererti Festival). Pada tahun ini, sekolah saya hanya menghantar wakil untuk acara Tilawah Al-Quran (Lelaki dan Perempuan) dan Kuiz. Kumpulan Dikir Barat Bahasa Arab sekolah saya yang merupakan Johan pada tahun lepas juga tidak sertai.

Saya diTAULIAHkan sebagai Urusetia bagi acara Dikir Barat. Tugas utama saya ialah mencari dan menTAULIAHkan para hakim bagi acara ini. Hendak mencari tidaklah sesukar mana kerana mereka ini terdiri daripada sahabat-sahabat saya yang merupakan GPI j-QAF berTAULIAH dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Yang agak sukar pula apabila nama-nama hakim ini terpaksa diubah 2-3 kali kerana ada yang tidak boleh hadir pada hari acara berlangsung dan ada pula yang pada minit terakhir tidak dapat hadir.

Akhirnya, saya pula yang terpaksa menTAULIAHkan diri saya sebagai Ketua Hakim Dikir Barat -dengan persetujuan para hakim lain yang arif lagi bijaksana- kerana seorang hakim yang telah diberi TAULIAH tidak hadir. Jadi, untuk Mahrajan j-QAF pada tahun ini saya sudah mendapat TAULIAH untuk melaksanakan 3 tugas sekaligus selain memang sejak dulu mendapat TAULIAH seumur hidup sebagai Guru Pengiring.
Hanya 3 Kumpulan Dikir Barat yang menyertai Mahrajan j-QAF 2009


Bagi acara Kuiz, saya tidak pasti kenapa murid-murid saya 'tokleh gi' ke peringkat akhir walaupun mereka adalah peserta yang sama sejak 3 tahun lepas. Nampaknya, mereka ini hanya 'jaguh kampung' di sekolah sahaja.
Untuk acara Tilawah Al-Quran (Lelaki), sudah dijangkakan sekolah saya menerima semula Piala Pusingan yang telah dihantar pada pagi itu. Adik Zaid Najmuddin bin Zul Akmal (Tahun 4) yang merupakan Johan Daerah dan Negeri pada tahun lepas sukar dicabar. Semoga pada minggu hadapan sekolah dan daerah kami akan menerima semula Piala Pusingan acara ini bagi peringkat negeri pula.


Adiknya Ainil Hawa bt Zul Akmal (Tahun 3) pula tidak termasuk dalam kelompok 3 terbaik walaupun pada bulan Mac lepas dia merupakan Johan Tilawah Al-Quran (Perempuan) untuk Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ). Tahun depan kita cuba lagi.

Thursday, November 5, 2009

InsyaAllah.. You'll find your way

Akhirnya, alhamdulillah, saya dapat dan terpaksa menaip semula lirik lagu "InsyaAllah" yang syahdu ini (selalu kedengaran dalam Ikim.fm) kerana belum wujud liriknya ketika ini dalam internet, atau saya sendiri yang tak pandai mencarinya. 4 buah lagu penuh Maher Zain dari album sulung beliau "Thank You Allah" boleh dimuat turun di http://www.nasheedsnow.com/.

Begitu juga lagu para penasyid luar negara lain -sama ada sudah popular atau belum- seperti Sami Yusuf, Ahmad Bukhatir, Zain Bikha, Native Deen, Muslim Aid, Mesut Kurtis dan lain-lain boleh dimuat turun dan diketahui info tentang mereka di laman tersebut.

Everytime.. you feel like you cannot go on
You feel so lost and that you so alone
Which you see is night and darkness all around
You feel so helpless you can't see which way to go

Don't despair and never lose hope
Coz Allah is always by your side

InsyaAllah.. InsyaAllah.. InsyaAllah..
You'll find your way

Everytime.. you can make one more mistake
You feel you can't repent and that it's way to late
You're so confuse.. wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don't despair and never lose hope
Coz Allah is always by your side

InsyaAllah.. InsyaAllah.. InsyaAllah..
You'll find your way

Turn to Allah.. He's never far away
Put your trust in Him.. raise your hands in pray
Oh Ya Allah.. guide my steps don't let me go astray
You the only One.. can show me the way

Show me the way! (3x)

InsyaAllah.. InsyaAllah.. InsyaAllah..
We'll find our way

Wednesday, November 4, 2009

Jalannya Tak Seindah Sentuhan Mata


Sekeping hati di bawa berlari
Jauh melalui jalan nan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang


Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa


Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkan mata yang menatap
Pada debu yang pastikan hinggap

Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan ditengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba

Album: Secerah Pawana (The Zikr)

Thursday, October 29, 2009

e-Laporan dan Analisa Pencapaian j-QAF 2009

Alhamdulillah, sungguh melegakan kerana hari ini selesai tugas saya menyiapkan dan menghantar e-Laporan j-QAF 6 bulan kedua 2009 sekolah saya. Terima kasih kepada ustazah-ustazah yang memberi kerjasama mengisi segala data untuk Tahap 1.
Walaupun banyak data yang perlu diisi ke dalam e-Laporan j-QAF ini, kerja sebegini sebenarnya menyeronokkan para GPI j-QAF apabila ianya dilaksanakan dalam suasana yang ceria dengan alunan bunyi lagu nasyid yang harmoni.
Lihatlah wajah-wajah gembira guru-guru j-QAF ini. Tiada stress langsung, hanya senyuman terukir! He he he.


ANALISA PENCAPAIAN j-QAF 2009 SK (2) Taman Keramat

Saturday, October 24, 2009

Sibuk, bukan menyibuk

Bulan Oktober adalah bulan yang banyak saya -dan Ketua Panitia- terima surat daripada pihak PPD, sama ada surat panggilan mesyuarat atau surat meminta dihantar pelbagai laporan. Jadi, sejak kebelakangan ini kami sangat sibuk (bukan menyibuk atau buat-buat sibuk) untuk menyelesaikan banyak perkara.

Aktiviti Ko-Kurikulum Pendidikan Islam peringkat sekolah sudah berakhir dengan Majlis Penghayatan Takbir Aidilfitri dan Kem Bestari Solat Perdana tempohari. Manakala aktiviti Kurikulum Pendidikan Islam yang terakhir pula ialah Peperiksaan Akhir Tahun nanti.

Bagi peringkat daerah pula, tugas Pemantauan Surau dan Bilik j-QAF dan Semakan Kertas Peperiksaan Akhir Tahun Pendidikan Islam dan Bahasa Arab telah diselesaikan. Masih ada satu lagi tugas iaitu sebagai Urusetia Pelaksana Kem Literasi Al-Quran dan Mahrajan j-QAF yang akan diadakan pada 7/11/2009 selepas Peperiksaan Akhir Tahun nanti.

Selain dari Laporan Penggunaan Buku Bingkisan Ramadhan dan Laporan Kehadiran Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan Guru Pendidikan Islam, laporan paling besar yang perlu diselesaikan pada masa ini ialah mengisi data dan markah Ujian Jawi, Khatam Al-Quran, Bahasa Arab dan Kem Bestari Solat bagi Tahun 1-5 dalam e-Laporan j-QAF.

Itu baru tugas dan aktiviti yang berkaitan Pendidikan Islam. Belum termasuk tugas Hal Ehwal Murid dan aktiviti Ko-Kurikulum lain seperti Perkhemahan yang sedang diadakan pada cuti minggu ini.

Dalam menjayakan sesuatu aktiviti dan program yang melibatkan semua guru, setiap orang wajib bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas yang telah diamanahkan. Setiap orang perlu sibuk untuk saling membantu di antara satu sama lain. Bukan asyik sibuk mementingkan diri sendiri dengan membuat alasan yang direka untuk mengelakkan diri atau selalu 'MC' dari menghadiri sekolah dan program yang akhirnya memang menyusahkan dan membebankan orang lain.

Saturday, October 17, 2009

Pendidikan Islam dimantapkan, j-QAF diperluaskan

KUALA LUMPUR 16 Okt. – Kerajaan akan terus memantapkan pendidikan Islam dengan memperluaskan program Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu Ain (j-QAF) selain menjadikan Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) sebahagian program sepanjang hayat.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, untuk mencapai matlamat itu juga, kegiatan dakwah Islamiah akan ditingkatkan manakala tulisan jawi terus diperkasa di sekolah-sekolah.

Beliau berkata, ini kerana kerajaan berpendirian pendidikan agama merupakan asas pembinaan akhlak, sahsiah dan jati diri anak-anak.

“Mesyuarat penyelarasan antara Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini bersetuju supaya program itu diperluaskan,’’ katanya.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian dalam ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung UMNO 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Ia merupakan maklum balas beliau selaku Menteri Pelajaran terhadap beberapa isu yang dibangkitkan perwakilan pada perhimpunan itu termasuk semasa Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri.

Tambah beliau, antara program dakwah yang dimantapkan di sekolah-sekolah ialah kursus dakwah kepimpinan pelajar, tadarus al-Quran dan program solat bestari.

Katanya, setelah j-QAF diperkenalkan pada 2005, kelas pemulihan jawi telah diwujudkan bagi memulihkan murid-murid Islam yang tidak menguasai tulisan tersebut.

“Mulai 2005 hingga kini, tulisan jawi juga telah disisipkan dalam akhbar Utusan Melayu melalui usaha sama Kementerian Pelajaran,” katanya.

Beliau juga berterima kasih kepada perwakilan yang mencadangkan agar mata pelajaran jawi diperkasakan.

Katanya, tulisan jawi memang satu elemen dalam mata pelajaran pendidikan Islam di sekolah rendah.

“Waktu pembelajaran jawi adalah dua waktu bagi tahun satu dan satu waktu bagi tahun dua hingga enam manakala di sekolah menengah, tulisan jawi diterap oleh guru-guru ketika melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran,” katanya.
Komen saya:
Terima kasih kepada Tan Sri kerana mengulangi kenyataan dan pendirian kerajaan untuk "Memantapkan Pendidikan Islam, Memperluaskan Program j-QAF, Mempertingkatkan Kegiatan Dakwah Islamiah dan Memperkasakan Tulisan Jawi" (slogan cantik ini direka berdasarkan kenyataan di atas).
Sebelum ini, kedengaran suara-suara yang menaruh perasaan syak wasangka, ragu dan khuatir di kalangan sebahagian guru-guru Pendidikan Islam/j-QAF serta orang ramai yang prihatin, tentang nasib program j-QAF setelah Tun Pak Lah melepaskan jawatan sebagai PM.
Kerisauan mereka bertambah apabila kerajaan telah bersetuju untuk memansuhkan PPSMI pada 2012 nanti dan mereka khuatir program j-QAF akan mengalami nasib yang sama. Saya suka katakan bahawa jangan samakan PPSMI dengan j-QAF. Dulu saya dah komen, jadi tidak perlu diulangi lagi di sini.
Walau bagaimanapun, saya tidak termasuk di kalangan mereka yang mempunyai perasaan negatif seperti itu. Sedikitpun tidak timbul persoalan tersebut di minda saya. Malah saya jadi 'pelik bin hairan' apabila persoalan seperti itu diajukan kepada saya.
Mungkin kerana saya selalu dididik dan dilatih untuk 'bermain' dengan sikap positif, sangka baik, ilmu dan fakta, bukan dengan melayan sikap negatif, sangka buruk, khabar angin dan andaian.
Apapun, berita ini mestilah disambut dengan sokongan penuh oleh umat Islam yang cintakan agama ini. Jika ada kelemahan pada pelaksanaannya, itu boleh diperbaiki dan diperbetulkan melalui kritikan dan teguran yang membina. Bukan asyik dengan bangkangan yang membabi-buta dan ketinggalan zaman.
Kenapa saya katakan ketinggalan zaman? Kerana saya masih terjumpa dengan orang yang tidak tahu pasal program j-QAF untuk memantapkan Pendidikan Islam dan memperkasakan Tulisan Jawi walaupun sudah 5 tahun dilaksanakan. Kasihan orang itu.